Rabu, 8 September 2010

Kursus Penyediaan Aneka Masakan Komersial.



Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud akan menganjurkan kursus penyediaan aneka jenis masakan komersial. Kursus ini akan dihadiri oleh 80 peserta terpilih dikalangan KIRT E-KASIH daerah dan dikendalikan sepenuhnya oleh juruperunding latihan yang dilantik.


Tarikh Pelaksanaan : 17-19 sept 2010

Tempoh Kursus : 3 hari 2 malam

Tempat : Ostrich Village Lodge


Jurulatih Masakan : Chef Felix

Pembantu Masakan : Mohd Nasir Seran

Jurulatih Fizikal : Ramli supri

Pengendali : Ramdan Seran

Penceramah Motivasi : Abdul Momen Antang

Pengangkutan : Saim Tutoh


Pendekatan pembelajaran : 20% teori-demo / 80% praktikal

Rabu, 28 Julai 2010

Kursus Pembiakan dan Ternakan Ikan Keli Afrika




Pada bulan Mei 2010 yang lalu diadakan kursus pembiakan dan pembenihan ikan keli afrika bagi daerah Pitas. Peserta dipilih dikalangan KIRT yang berdaftar dengan e-kasih daerah pitas.

Kursus ini dikendalikan oleh Plan B Resouces manakala pembimbing dan jurulatih dari Borneo Aqua Farm.




Ahad, 25 Julai 2010

Bagaimana Mahu Memulakan Perusahaan Ternakan Ikan Keli Afrika



Langkah-Langkah Asas Memulakan Perusahaan Ternakan Ikan Keli


Menguasai Kemahiran Ternakan.


1. Mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan Jabatan Perikanan atau mana-mana pengendali yang menganjurkan kursus pengurusan ternakan dan pembenihan


2. Membuat lawatan/tinjauan ke tempat-tempat yang mengusahakan ternakan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat.

3. Membuat kajiselidik, tinjauan dan testimoni pasaran ikan keli

4. Melayari laman web2 yang menjurus kepada ternakan ikan keli


Teknikal & Kewangan

1. Mengenalpasti lokasi untuk membina kolam dan lain-lain

2. Mengenalpasti sumber air sedia ada.

3. Mengenalpasti sumber-sumber semulajadi yang boleh digunakan sebagai sistem ternakan seperti tempat pembuangan air kolam ke sungai.

4. Keupayaan kewangan dan analisis kewangan

5. Mengenalpasti agensi-agensi peminjam wang seperti TEKUN, YUM, MARA dll.


Peralatan & Logistik

1. Menyenaraikan peralatan yang patut dibeli

2. Menyenaraikan syarikat-syarikat pembekal benih, peralatan, mesin dan baja.


Pasaran

1. Menyenaraikan pemborong, pembeli dan restoran yang bakal menjadi pelanggan.

2. Senarai harga jualan dan belian ikan dan peralatan


Bentuk kolam ternakan masa kini ialah
Jenis Kolam Jangkaan Pengeluaran Hasil % Keuntungan
1. Kolam Tanah 60hari 60-80
2. Kolam Kanvas 90-120 50-70
3. Kolam Tangki 90-120 50-70
4. Kolam Simen 90-120 50-70









Khamis, 15 Julai 2010

Kursus Masakan Komersial



Kursus Penyediaan Masakan Komersial
Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam dengan kehadiran 45 orang peserta dikalangan E-kasih. Pelbagai jenis masakan dipelajari merangkumi aneka Mee Goreng, Aneka Nasi Goreng, Nasi Ayam dengan pelbagai lauk, Aneka Lauk Pauk dan Aneka Sup.




Selasa, 13 Julai 2010

Kursus Ternakan Dan Pembenihan Ikan Keli Afrika








Tarikh Kursus : 31 Ogos 2010


Tempat : Kg Sembirai, Kota Belud, Sabah


Yuran Kursus : RM 80.00


(merangkumi sijil, modul dan makan minum)


Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang




Penceramah : Encik Ramdan Seran 0168339936